Saturday 17 September 2016

Klise

Assalamualaikum.



Aku terfikir. Kita hidup dalam sebuah masyarakat. Dan kita sering terhanyut dengan biah sekeliling.
Aku tak rasa ini bagus untuk aku. Ya. Pembetulan. Kadangkadang ia ada baik juga untuk aku.
Kita sering tidak diberi peluang untuk membentuk diri sendiri. Daripada kecil kepala disumbat dengan itu salah. Ini tak betul. Ini boleh lagi. Ini bagus.




Kita didesak untuk menerima tanpa memahami.


Kita didesak untuk mengamal tanpa memeriksa.


Kalau atas dasar agama, ajaran Islam inshaAllah aku yakin seratus peratus ia membawa kebaikan kepada semua. Sangat bermanfaat.


Tapi budaya. Budaya masyarakat. Budaya keliling. Budaya yang kata orang tak dapat masuk u tu bodoh datang daripada mana? Budaya yang kata baju kurung untuk kenduri dan hari jumaat muncul daripada siapa? Budaya kalau tak pakai kereta besar tu mesti miskin siapa yang bawa? Budaya kalau nak kahwin mesti cukup segala siapa yang mengajar?




Aku hairan. Mudahnya kita mengikut. Hanya menonton terus cepat belajar. Oh tidak. Aku silap. Hakikatnya susah berapa lama masyarakat ini diiklan dan didedah dengan pemikiran tidak cukup luas ini.



Hakikatnya. Awalawal lagi aku dah kata, bahawa awal awal lagi kita dah disumbat dengan pemikiran pemikiran ini. Jadi kita ini sebenarnya terkongkong tanpa sedar. Kegembiraan bagi kita mengikut keadaan dan cara kegembiraan yang diserlah dalam drama drama. Kesedihan kita biasanya diselesaikan dengan mengadu kepada seseorang yang memahami kononnya. Hari lahir anak orang kaya parti. Anak orang miskin sikit kawankawan mesti beri hadiah sederhana. Romantik kita romantik drama. Comel kita mesti macam korea jepun. Cantik kita ada kelasnya sendiri. Ambil gambar sangat penting untuk memori.
Aku tidak hairan. Cuma ingin membuka sedikit ruang berfikir. 




Salahkah diri kita jika mengatakan bunga api tahun baru tu bukan cantik pun. Bunga api hari raya kelas lagi sebab kita yang main. Bukan tengok sahaja.Takde makna langsung nak tunggutunggu pukul doblas. Buang masa.



Salah tak kalau pendirian kita type mesej jangan kerap sangat buat terlalu ringkas. Usahalah penuhpenuh. Siapa lagi nak sayang bahasa melayu kalau bukan kita.
Salah ke kalau kita rasa cantik tu tak semestinya muka. Cantik itu luas. Dan semua ada hak masing masing untuk mengambil bahagian untuk melabelnya. Aku rasa siapa yang minat anime tu cantik. Kau kerut muka? Maaf ini bahagian aku.




Aku rasa sudah cukup. Sebenarnya aku, kau, dan mereka lama sudah berkeadaan begini. Aku menulis begini juga mengikut cara yang lain menulis. 



Sukar. Sukar untuk bernafas dengan nafas sendiri sekiranya sekeliling menghembuskan nafas yang kuat dengan serentak.



Maaf jika tulisan ini menyakiti. Aku cuma rasa kita perlu rasa bahawa, jangan pandang enteng kepada mereka yang tidak sama dengan kita. Mungkin keadaan mereka seribu kali lebih bahagia. Seribu kali lebih bermakna.



Kuntum khairu ummati ukhrijat linnas. Takmuruna bilma3ruf watanhaunaa3nil mungkar. Mari memahami dan mencuba keluar dari daerah sempit yang berkurun dicipta itu. Sekian.



Blog baru untuk kalian

Hai gaisss..,, it been a long time yaww tak update blog busy nak espiyemmm harap semua dapat mendoakan saya Nor Dayana Huda bt Mohd Asri.. ni lah blog baru takdak masa nak update lagi so kita buat intro dulu untk follower. sebenarnya tak tahu sngat nak tulis apa sebab lama gila tak update blog. so lagi satu mintak tolong doakan kesihatan saya sebab hari isnin ada checkup kat hospital.. yelah pelajar asrama hidup tak menentu stress sana stress sini dngan nak espiyemm lagi so headache teruk sangat.. tidur tak jaga.. kadang2 sampai hati sendiri tak jaga.. makan tak jaga.. apalah nak jadii oii.. btw hati dup dap nak tunggu result trial. teruk tak teruk kita masih ada peluang lagi sebelum exam,. buat kawan2 yg sama2 menduduki exam tahun ni gud luck yaww. bittaufiq wannajah fi kulli imtihan wadunya waakhirat.. okayy sampai sini jer kott. gua nak berehat penatt kott g teman mak g reunion sekalah rendah mak sekolah rendah aku jugakk. so sampai sini saja harini next article nak cerita pasal cikgu saya yg lama tak jumpa pastu baru jumpa tadi..